Vicky Leandros
Vicky Leandros

Vicky Leandros

Vassiliki Papathanasiou (Bahasa Yunani: Βασιλική Παπαθανασίου, lahir 23 Ogos 1949)[1], umumnya dikenali sebagai Vicky Leandros (Bahasa Yunani: Βίκυ Λέανδρος), ialah penyanyi Yunani yang tinggal di Jerman. Beliau ialah anak perempuan penyanyi, pemuzik dan komposer Leandros Papathanasiou (Bahasa Yunani: Λέανδρος Παπαθανασίου; juga dikenali sebagai Leo Leandros dan juga Mario Panas). Pada tahun 1967 beliau mendapat kemasyhuran di seluruh dunia setelah mendapat tempat keempat bagi negara Luxembourg dalam Pertandingan Lagu Eurovision dengan lagu "L'amour est bleu", yang menjadi hit di seluruh dunia. Beliau meneruskan kerjyaanya dengan memenangi Pertandingan Lagu Eurovision pada tahun 1972 dengan lagu "Après Toi ", sekali lagi mewakili Luxembourg.[2]

Vicky Leandros

Pekerjaan Penyanyi, ahli politik
Berasal dari Palaiokastritsa, Corfu, Yunani
Nama lahir Vassiliki Papathanasiou
Juga dikenali sebagai Vicky Leandros
Laman sesawang www.vickyleandros.de
Kelahiran (1949-08-23) 23 Ogos 1949 (umur 70) (tahun kelahiran dipertikai)
Genre Pop
Tahun aktif 1965–kini